Sunday, 1 March 2015

BLOUSE PLAIN MURAH

Assalamualaikum semua, haaa ni nak bagitau. Yang saya ada jual blouse murah-murah je dan sangat selesa dipakai. Freesize - Fit S to M. Jika berminat boleh pm saya ya :) Gambar seperti dibawah :

     
  Tinggal 2 warna je lagi tau. Warna maroon & biru gelap tu dah diambil orang. So yang tinggal warna turqoise & hijau lumut. Sesiapa yang berminat boleh terus hubungi saya : 0194647981 - Anis Othman. Bawah ni contoh gambar yang saya sendiri pakai :) Skirt tu out of stock. Maaf ye.


Didik Hati Menjadi Insan Yang Bersyukur

   Alhamdulillah bersyukur pada Illahi, sehingga hari ini Allah masih memberi kesempatan kepada saya untuk hidup di atas bumi ini. InSyaaAllah, marilah kita bersama-sama membuat sebanyak mungkin kebaikan kerana hanya 3 perkara yang boleh kita bawa apabila meninggalkan dunia fana ini iaitu : 

1) Amalan soleh
2) Sedekah jariah
3) Doa dari anak yang soleh.

     Justeru, marilah kita bersama-sama untuk perbaiki setiap amalan kita. Jangan jadikan kita sebagai seorang yang hanya mengejar dunia sehinggakan lupa kepada akhirat yang selama-lamanya. Allah, sesungguhnya sakratul itu sangatlah menyakitkan. Semoga kita umat islam mati didalam husnul khatimah. Oleh itu, didiklah hati untuk sentiasa bersabar & bersangka baik disetiap apa yang terjadi. Kita sebagai manusia hanya perlu berusaha untuk mencapai setiap apa yang diinginkan. Ingatlah, kita hanya mampu merancang, tetapi Allah yang menentukan. Tidak semua yang kita inginkan itu adalah indah. Kadangkala, apa yang kita inginkan mampu membawa mudharat kepada diri kita sendiri. Bahkan bukan sahaja diri kita, malah kadangkala ibu bapa dan juga keluarga turut terlibat. Yakinlah dengan ALLah, setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya.

     Didik hati untuk sentiasa menyebut nama Allah dan sentiasa beristighfar. InsyaaAllah hati kita akan sentiasa tenang. Apa yang penting dalam hidup ini kita perlu mencari redha Allah dan tidak lupa juga redha seorang ayah dan ibu. Redha ibu bapa sangat penting dalam hidup kita. Percayalah, jika kita mendapat redha dari kedua ibu bapa kita dan sentiasa membuat hati mereka gembira setiap apa yang kita lakukan diatas dunia ini pastinya berjalan lancar dan kita akan sentiasa redha dengan setiap apa yang berlaku tanpa berkeluh-kesah kerana redha Allah terletak kepada redha kedua ibu bapa kita selagi kita tidak melanggar hukum syarak. Alhamdulillah kita lahir dalam suasana Islam. Maka hargai dengan sebaiknya. Sekian dulu coretan buat kali pertama, semoga hidup kita sentiasa dibawah rahmatnya :)